Sunday

Kod Ringkas Cbox - Salam

Tahukah anda ada beberapa kod ringkas terutama untuk menjawab salam dan memberi salam telah Kepek buat di dalam Cbox antaranya:

Taip ::: akum ::: secara outo akan jadi ::: Assalamualaikum
Taip ::: askum::: secara auto akan jadi ::: Assalamualaikum
Taip ::: w'salam ::: secara auto akan jadi ::: Waalaikumsalam
Taip ::: wsalam :::: secara outo akan jadi ::: Waalaikumsalam

Ada lain-lain cadangan boleh beri dalam ruang komen/cadangan ....

Bagaimana Letak Avatar Di Cbox - Gambar Sendiri

Sebelum ini ada Kepek ajar bagaimana untuk letak Avatar yang memang telah sedia ada di dalam internet daripada laman web http://jurko.net (cara yang paling mudah). Kali ini Kepek tunjuk pula cara buat Avatar gambar sendiri atau ambil dari dalam komputer anda.

Pasti yang pertama anda perlu masuk ke laman web ini : http://imageshack.us/
Bila sudah taip akan akan dapat lihat paparan web seperti di bawah.... Teruskan dengan klik pada bahagian 'BROWSE' untuk memilih gambar untuk dijadikan Avatar anda.

PERINGATAN : Pastikan nama fail gambar anda tidak terlalu panjang melebihi daripada 5 huruf, ini kerana ruang URL Cbox tidak dapat menampong nama fail yang terlalu panjang dan jika terlalu panjang Avatar anda tidak akan terpapar. (letak 1 huruf pun boleh tak siapa marah pun)

Sudah pastinya anda akan memilih gambar anda yang anda perasan paling 'cantik, bergaya, menawan, tampak tampan, jelita yang bisa membuat orang tidak mampu untuk tidur malam.. (ceh.. perasan!!)

Kebiasaan bila anda klik pada 'BROWSE' tersebut anda akan terus ke folder 'MY PICTURES', (POPUP-seperti di bawah) dan pilihlah gambar anda. Seperti biasa TOLONG jangan letak gambar yang tidak elok dipaparkan kepada orang ramai terutama yang berunsur LUCAH atau mencocok biji mata sesiapa yang melihatnya (tak sanggup ada lagi Kassim Selamat)

Setelah selesai memilih gambar, anda TIK pada kotak :: resize image? Agar gambar anda nanti tidak terlalu besar yang boleh menyebabkan lambat untuk UPLOAD (Naikturun).

Seterusnya ke bahagian pilihan, yang berbentuk kepala panah dan pilih : 100 X 75 (avatar).
Selesai... klik perkataan 'HOST IT!' untuk UPLOAD gambar anda ke server imageshack.us. Pada bahagian ruang email, kalau anda mau letak terpulang pada anda tiada paksaan dalam hal ini.

Setelah menunggu barang 2 ke 5 saat (kalau line lajulah) anda akan terima atau dapat lihat seperti yang di bawah...

Ada 5 pilihan, yang anda perlu ambil adalah pilihan yang terakhir iaitu : Direct link to image. Salin URL yang diberi .. dan tampal (paste) di ruang 'e-mail / url' Cbox.

http:// tidak perlu, boleh bermula dengan 'img' , kerana Cbox dah siap buat 'http'

Itu saja... mudah kan - harap faham. - KerepeK

Saturday

Bagaimana Hendak Muaturun Fail

Banyak juga soalan Kepek terima daripada kawan2 yang bertanya bangaimana untuk muaturun (download) fail (lagu) dengan Savefile. Di sini Kepek catatkan cara-cara untuk muaturun fail:

Kebiasaannya dalam Blog Muaturun fail yang ada link akan berwarna kuning, jadi anda perlu klik link tersebut.

Bila klik saja link tersebut anda akan terima satu window baru seperti gambar di bawah:

Kadang kala ada masanya anda akan diganggu oleh IKLAN daripada Savefile, anda hanya perlu klik perkataan "Skip this ads" untuk menghilangkan paparan iklan tersebut dan teruskan untuk muaturun fail yang dikehendaki.

Pastinya cari perkataan yang bertulis "DOWNLOAD FAIL" dan klik..

Seterusnya anda akan dapat lihat wondows seperti di bawah dan cari perkataan yang bertulis "DOWNLOAD FAIL NOW" untuk muaturun fail..

Setelah perkataan tersebut diklik anda akan terima satu POPUP klik saja OK dan fail akan mula muaturun ke dalam komputer anda... Itu saja

Diharap penerangan ini dapat membantu.. Terima kasih.

Catatan: panduan ini untuk pengguna Browser FireFox

Thursday

Cbox Kod

Pasti anda pernah lihat beberapa member Cbox MuaturuN membuat bermacam2 bentuk dan warna huruf di dalam Cbox. Di Sini kepek bantuan anda yang tidak tahu untuk membuatnya.

Ada beberapa arahan kod yang perlu anda taip dalam ruang 'MESSAGE' antaranya:

[b] bold [/b] = hasil menjadi BOLD
[i] italics [/i] = hasil menjadi italics
[u] underline [/u] = hasil menjadi perkataan bergaris di bawah

Setiap ayat dengan kod hendaklah bermula dengan tanda [b] (untuk bold) dan berakhir dengan tanda [/b] sebagai penutup kod

CONTOH : [b] apa khabar [/b] dan hasilnya : apa khabar

Selain daripada itu ada lain-lain kod yang boleh diguna di Cbox antaranya :

[sup] = tulisan berkedudukan di atas
[sub] = tulisan berkedudukan di bawah
[s] = tulisan dipotong (bergaris tengah)
[center] = tulisan berkedudukan tengah2
[big] = tulisan menjadi BESAR
[small] = tulisan menjadi kecil

Ingatan: mesti kod diakhiri dengan simbul [/....]

Selain dengan warna tulisan yang sedia ada (HITAM), anda boleh juga mengubah warna tulisan anda dengan kod ini :

[color=red] color [/color] = untuk tulisan warna MERAH

Atau meletak kod warna dalam bentuk HTML seperti #FFFFFF

[color=#FFFFFF] color [/color]

Pergi ke sini untuk dapatkan kod warna HTML ::: KLIK AJER :::
(mesti ada 6 kod...)

Kod yang ada boleh jugak di campur untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik seperti contoh berikut:

[b][i][color=red] APA KHABAR [/color][/i][/b]

HASILNYA :: APA KHABAR

Anda ciptalah dengan kreativiti anda sendiri.
Selamat Mencuba.... - KerepeK

Bagaimana Letak Avatar Di Cbox

Sebelum ini pernah kepek buat cara2 untuk meletak Avatar di Cbox tetapi disebabkan web hosting yang digunakan percuma maka pandailah hilang atau di delete oleh tuan punya web hosting. Oleh kerana itu kepek buat yang baru untuk panduan semua yang tidak tahu cara2 untuk meletak Avatar.

Ada 2 cara.. Cara pertama adalah ambil daripada laman web yang sedia ada seperti di :
http://jurko.net - (paling senang sekali)

Masuk ke laman web yang diberi di atas, dan anda akan terima dan nampak ini:

Anda klik pada perkataan yang bertulis AVATAR (bertanda merah) untuk masuk ke bahagian Avatar. Di bahagian sana anda akan dapat lihat banyak pilihan Avatar pilihlah mana2 yang berkenan, tetapi harus diingat pilihlah yang bersesuaian jangan pilih Avatar yang buruk dilihat orang terutama yang lucah dari segi gambar dan perbuatan.

Katakan anda mahu Avatar 'Just Call Me Doc' klik kanan tetikus anda dan pilih 'PROPERTIES'

Setelah anda klik 'PROPERTIES' anda akan dapat satu POPUP seperti ini :

Anda salin (copy) data pada bahagian "LOCATION" contoh : http://img1.jurko.net/avatar_2675.gif

URL Link tersebut perlu di tampal (paste) pada Cbox dibahagian email / URL

Begitulah saja cara2nya... MUDAH saja kan!

PASTIKAN:

1. URL link yang di tampal cukup : http://img1.jurko.net/avatar_2675.gif
2. Tidak menjadil kesalahan kiranya anda hanya ambil (paste) bermula dari : img1.jurko.net/avatar_2675.gif ::tetapi harus ingat mesti berakhir dengan .gif, kalau tiada itu makan tidak jadi Avatar anda..

PETINGATAN: Jangan sekali letak Avatar yang tidak sopan terutama berunsur lucah, ADMIN dan MOD pasti akan menyekat (BAN) anda dari terus berada di Cbox MuaturuN

Cara kedua buat Avatar (klik jer)

Terima kasih - KerepeK

Tuesday

Dasar Privasi

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Sunday

Soalan Lazim anda..



------------------------------------------
Pertanyaan & Soalan Lazim [F.A.Q]
------------------------------------------

S = Kenapa saya tidak boleh download di Megaupload?
J = Kerana KerepeK dan tak guna perkhidmatan Megaupload.

S = Kenapa saya tidak boleh download lagu di bulan terkebelakang?
atau...
S = Kenapa saya tidak boleh download lagu?
J = Kerana lagu tur dah tamat tempoh, kekawan lama tidak download. Jadi hosting padam fail lagu tur (tidak ada nampak benda alah yang bergerak dari kanan ke kiri ker??)

S = Kenapa saya download lagu tak habis?
J = Ada beberapa sebab kenapa tak habis ko download:
1) Mungkin ko sekali download lagu lebih daripada 1 (nak cepat ambil lagu konon)
2) Mungkin talian ko slow sesangat, jadi hosting hentikan penghantaran kepada ko.Biasa terjadi kepada pengguna Dailup 1515, 1512 dll dan LAN.. (Talian pejabat)
3) Mungkin hosting ada masalah keluarga... ko boleh cuba download lagi dan lagi
(usaha tangga kejayaan, kalau guna lif lagi berjaya)

Nota:: semua-semua lagu yang ada dalam MUATURUN adalah penuh tak bagi yang separuh2 ni!!

S = Kenapa saya tak boleh download?
J = Mungkin ko guna talian LAN (di Opis) dan syarikat ko mahu ko kerja betul2 tak mahu ko download lagu. (boss tengok tu..!!)

S = Ada ke lagu Rock Kapak di blog ini?
S = Ada ke lagu ...........?
J = Jika mahu lagu sila cari guna FREEFIND yang telah disediakan di blog ini. Taip nama penyanyi atau tajuk lagu dengan betul. Setelah pasti lagu yang dicari TIADA, barulah minta lagu yang diinginkan - TQ