Sunday

Bagaimana Letak Avatar Di Cbox - Gambar Sendiri

Sebelum ini ada Kepek ajar bagaimana untuk letak Avatar yang memang telah sedia ada di dalam internet daripada laman web http://jurko.net (cara yang paling mudah). Kali ini Kepek tunjuk pula cara buat Avatar gambar sendiri atau ambil dari dalam komputer anda.

Pasti yang pertama anda perlu masuk ke laman web ini : http://imageshack.us/
Bila sudah taip akan akan dapat lihat paparan web seperti di bawah.... Teruskan dengan klik pada bahagian 'BROWSE' untuk memilih gambar untuk dijadikan Avatar anda.

PERINGATAN : Pastikan nama fail gambar anda tidak terlalu panjang melebihi daripada 5 huruf, ini kerana ruang URL Cbox tidak dapat menampong nama fail yang terlalu panjang dan jika terlalu panjang Avatar anda tidak akan terpapar. (letak 1 huruf pun boleh tak siapa marah pun)

Sudah pastinya anda akan memilih gambar anda yang anda perasan paling 'cantik, bergaya, menawan, tampak tampan, jelita yang bisa membuat orang tidak mampu untuk tidur malam.. (ceh.. perasan!!)

Kebiasaan bila anda klik pada 'BROWSE' tersebut anda akan terus ke folder 'MY PICTURES', (POPUP-seperti di bawah) dan pilihlah gambar anda. Seperti biasa TOLONG jangan letak gambar yang tidak elok dipaparkan kepada orang ramai terutama yang berunsur LUCAH atau mencocok biji mata sesiapa yang melihatnya (tak sanggup ada lagi Kassim Selamat)

Setelah selesai memilih gambar, anda TIK pada kotak :: resize image? Agar gambar anda nanti tidak terlalu besar yang boleh menyebabkan lambat untuk UPLOAD (Naikturun).

Seterusnya ke bahagian pilihan, yang berbentuk kepala panah dan pilih : 100 X 75 (avatar).
Selesai... klik perkataan 'HOST IT!' untuk UPLOAD gambar anda ke server imageshack.us. Pada bahagian ruang email, kalau anda mau letak terpulang pada anda tiada paksaan dalam hal ini.

Setelah menunggu barang 2 ke 5 saat (kalau line lajulah) anda akan terima atau dapat lihat seperti yang di bawah...

Ada 5 pilihan, yang anda perlu ambil adalah pilihan yang terakhir iaitu : Direct link to image. Salin URL yang diberi .. dan tampal (paste) di ruang 'e-mail / url' Cbox.

http:// tidak perlu, boleh bermula dengan 'img' , kerana Cbox dah siap buat 'http'

Itu saja... mudah kan - harap faham. - KerepeK

Thursday

Bagaimana Letak Avatar Di Cbox

Sebelum ini pernah kepek buat cara2 untuk meletak Avatar di Cbox tetapi disebabkan web hosting yang digunakan percuma maka pandailah hilang atau di delete oleh tuan punya web hosting. Oleh kerana itu kepek buat yang baru untuk panduan semua yang tidak tahu cara2 untuk meletak Avatar.

Ada 2 cara.. Cara pertama adalah ambil daripada laman web yang sedia ada seperti di :
http://jurko.net - (paling senang sekali)

Masuk ke laman web yang diberi di atas, dan anda akan terima dan nampak ini:

Anda klik pada perkataan yang bertulis AVATAR (bertanda merah) untuk masuk ke bahagian Avatar. Di bahagian sana anda akan dapat lihat banyak pilihan Avatar pilihlah mana2 yang berkenan, tetapi harus diingat pilihlah yang bersesuaian jangan pilih Avatar yang buruk dilihat orang terutama yang lucah dari segi gambar dan perbuatan.

Katakan anda mahu Avatar 'Just Call Me Doc' klik kanan tetikus anda dan pilih 'PROPERTIES'

Setelah anda klik 'PROPERTIES' anda akan dapat satu POPUP seperti ini :

Anda salin (copy) data pada bahagian "LOCATION" contoh : http://img1.jurko.net/avatar_2675.gif

URL Link tersebut perlu di tampal (paste) pada Cbox dibahagian email / URL

Begitulah saja cara2nya... MUDAH saja kan!

PASTIKAN:

1. URL link yang di tampal cukup : http://img1.jurko.net/avatar_2675.gif
2. Tidak menjadil kesalahan kiranya anda hanya ambil (paste) bermula dari : img1.jurko.net/avatar_2675.gif ::tetapi harus ingat mesti berakhir dengan .gif, kalau tiada itu makan tidak jadi Avatar anda..

PETINGATAN: Jangan sekali letak Avatar yang tidak sopan terutama berunsur lucah, ADMIN dan MOD pasti akan menyekat (BAN) anda dari terus berada di Cbox MuaturuN

Cara kedua buat Avatar (klik jer)

Terima kasih - KerepeK