Sunday

Cbox





Monday

Peraturan Cbox

Di sini Kepek catatkan beberapa larangan untuk semua pengguna ruang chatting Cbox MuaturuN yang Kepek fikirkan perlu Kepek sampaikan atau beritahu pada semua, kerana mungkin ada yang tahu dan faham bahawa Cbox MuaturuN digunakan dan dilihat seterusnya dibaca oleh pelbagai peringkat umur antara larangannya:


Nama Samaran & Gambar.

1. Dilarang sama sekali mengguna nama samaran (nick name) yang berunsur lucah atau yang menyentuh sensitifviti kaum/bangsa atau perseorangan.

2. Dilarang sama sekali mengguna gambar (Avatar) yang berunsur lucah atau kurang elok dipandang.


Bahan Bualan & Cerita

1. Dilarang sama sekali menaip atau mengguna perkataan lucah apabila bercerita.

2. Jangan ujudkan unsur-unsur lucah di dalam bahan cerita anda.

3. Dilarang sama sekali bercerita perkara-perkara yang menyentuh sensitifviti kaum/bangsa atau perseorangan.

4. Jangan mengguna icon smilies terlalu banyak.

5. Jangan membuat iklan (promosi laman web) terlalu banyak.

6. Dilarang sama sekali memapar nombor telefon sendiri atau sesiapa. (Untuk bertukar nombor telefon boleh guna eMail)


Menyekat Pengguna (BAN)

Jika perkara yang dicatatkan di atas diingkari maka Administrator dan Moderator yang dilantik akan mengambil tindakan dengan menyekat (Ban) penama yang melanggar segala larangan yang telah dinyatakan. Kebiasaan Admin atau Mod akan memberi amaran terlebih dahulu agar perkara yang dibuat dihentikan dan jika masih diulang tindakan Ban akan diambil.

Kita berkumpul di Cbox MuaturuN adalah untuk mencari kenalan berbual cerita bukan untuk mencari gaduh, menyakiti hati atau nak bangga perangai buruk yang dimiliki. Oleh itu, jagalah budi bahasa, berfikir, bertindakan dengaan fikiran bukan perasaan.


Terima Kasih - KerepeK

(**Nota: peraturan yang ada mungkin ditambah untuk kebaikan semua..)