Sebelum ini ada Kepek ajar bagaimana untuk letak Avatar yang memang telah sedia ada di dalam internet daripada laman web http://jurko.net (cara yang paling mudah). Kali ini Kepek tunjuk pula cara buat Avatar gambar sendiri atau ambil dari dalam komputer anda.
Pasti yang pertama anda perlu masuk ke laman web ini : http://imageshack.us/
Bila sudah taip akan akan dapat lihat paparan web seperti di bawah.... Teruskan dengan klik pada bahagian 'BROWSE' untuk memilih gambar untuk dijadikan Avatar anda.
Sudah pastinya anda akan memilih gambar anda yang anda perasan paling 'cantik, bergaya, menawan, tampak tampan, jelita yang bisa membuat orang tidak mampu untuk tidur malam.. (ceh.. perasan!!)
Kebiasaan bila anda klik pada 'BROWSE' tersebut anda akan terus ke folder 'MY PICTURES', (POPUP-seperti di bawah) dan pilihlah gambar anda. Seperti biasa TOLONG jangan letak gambar yang tidak elok dipaparkan kepada orang ramai terutama yang berunsur LUCAH atau mencocok biji mata sesiapa yang melihatnya (tak sanggup ada lagi Kassim Selamat)
Seterusnya ke bahagian pilihan, yang berbentuk kepala panah dan pilih : 100 X 75 (avatar).
Selesai... klik perkataan 'HOST IT!' untuk UPLOAD gambar anda ke server imageshack.us. Pada bahagian ruang email, kalau anda mau letak terpulang pada anda tiada paksaan dalam hal ini.
http:// tidak perlu, boleh bermula dengan 'img' , kerana Cbox dah siap buat 'http'
0 Comments:
Post a Comment