Sunday

Cbox





Monday

Peraturan Cbox

Di sini Kepek catatkan beberapa larangan untuk semua pengguna ruang chatting Cbox MuaturuN yang Kepek fikirkan perlu Kepek sampaikan atau beritahu pada semua, kerana mungkin ada yang tahu dan faham bahawa Cbox MuaturuN digunakan dan dilihat seterusnya dibaca oleh pelbagai peringkat umur antara larangannya:


Nama Samaran & Gambar.

1. Dilarang sama sekali mengguna nama samaran (nick name) yang berunsur lucah atau yang menyentuh sensitifviti kaum/bangsa atau perseorangan.

2. Dilarang sama sekali mengguna gambar (Avatar) yang berunsur lucah atau kurang elok dipandang.


Bahan Bualan & Cerita

1. Dilarang sama sekali menaip atau mengguna perkataan lucah apabila bercerita.

2. Jangan ujudkan unsur-unsur lucah di dalam bahan cerita anda.

3. Dilarang sama sekali bercerita perkara-perkara yang menyentuh sensitifviti kaum/bangsa atau perseorangan.

4. Jangan mengguna icon smilies terlalu banyak.

5. Jangan membuat iklan (promosi laman web) terlalu banyak.

6. Dilarang sama sekali memapar nombor telefon sendiri atau sesiapa. (Untuk bertukar nombor telefon boleh guna eMail)


Menyekat Pengguna (BAN)

Jika perkara yang dicatatkan di atas diingkari maka Administrator dan Moderator yang dilantik akan mengambil tindakan dengan menyekat (Ban) penama yang melanggar segala larangan yang telah dinyatakan. Kebiasaan Admin atau Mod akan memberi amaran terlebih dahulu agar perkara yang dibuat dihentikan dan jika masih diulang tindakan Ban akan diambil.

Kita berkumpul di Cbox MuaturuN adalah untuk mencari kenalan berbual cerita bukan untuk mencari gaduh, menyakiti hati atau nak bangga perangai buruk yang dimiliki. Oleh itu, jagalah budi bahasa, berfikir, bertindakan dengaan fikiran bukan perasaan.


Terima Kasih - KerepeK

(**Nota: peraturan yang ada mungkin ditambah untuk kebaikan semua..)

Sunday

Kod Ringkas Cbox - Salam

Tahukah anda ada beberapa kod ringkas terutama untuk menjawab salam dan memberi salam telah Kepek buat di dalam Cbox antaranya:

Taip ::: akum ::: secara outo akan jadi ::: Assalamualaikum
Taip ::: askum::: secara auto akan jadi ::: Assalamualaikum
Taip ::: w'salam ::: secara auto akan jadi ::: Waalaikumsalam
Taip ::: wsalam :::: secara outo akan jadi ::: Waalaikumsalam

Ada lain-lain cadangan boleh beri dalam ruang komen/cadangan ....

Bagaimana Letak Avatar Di Cbox - Gambar Sendiri

Sebelum ini ada Kepek ajar bagaimana untuk letak Avatar yang memang telah sedia ada di dalam internet daripada laman web http://jurko.net (cara yang paling mudah). Kali ini Kepek tunjuk pula cara buat Avatar gambar sendiri atau ambil dari dalam komputer anda.

Pasti yang pertama anda perlu masuk ke laman web ini : http://imageshack.us/
Bila sudah taip akan akan dapat lihat paparan web seperti di bawah.... Teruskan dengan klik pada bahagian 'BROWSE' untuk memilih gambar untuk dijadikan Avatar anda.

PERINGATAN : Pastikan nama fail gambar anda tidak terlalu panjang melebihi daripada 5 huruf, ini kerana ruang URL Cbox tidak dapat menampong nama fail yang terlalu panjang dan jika terlalu panjang Avatar anda tidak akan terpapar. (letak 1 huruf pun boleh tak siapa marah pun)

Sudah pastinya anda akan memilih gambar anda yang anda perasan paling 'cantik, bergaya, menawan, tampak tampan, jelita yang bisa membuat orang tidak mampu untuk tidur malam.. (ceh.. perasan!!)

Kebiasaan bila anda klik pada 'BROWSE' tersebut anda akan terus ke folder 'MY PICTURES', (POPUP-seperti di bawah) dan pilihlah gambar anda. Seperti biasa TOLONG jangan letak gambar yang tidak elok dipaparkan kepada orang ramai terutama yang berunsur LUCAH atau mencocok biji mata sesiapa yang melihatnya (tak sanggup ada lagi Kassim Selamat)

Setelah selesai memilih gambar, anda TIK pada kotak :: resize image? Agar gambar anda nanti tidak terlalu besar yang boleh menyebabkan lambat untuk UPLOAD (Naikturun).

Seterusnya ke bahagian pilihan, yang berbentuk kepala panah dan pilih : 100 X 75 (avatar).
Selesai... klik perkataan 'HOST IT!' untuk UPLOAD gambar anda ke server imageshack.us. Pada bahagian ruang email, kalau anda mau letak terpulang pada anda tiada paksaan dalam hal ini.

Setelah menunggu barang 2 ke 5 saat (kalau line lajulah) anda akan terima atau dapat lihat seperti yang di bawah...

Ada 5 pilihan, yang anda perlu ambil adalah pilihan yang terakhir iaitu : Direct link to image. Salin URL yang diberi .. dan tampal (paste) di ruang 'e-mail / url' Cbox.

http:// tidak perlu, boleh bermula dengan 'img' , kerana Cbox dah siap buat 'http'

Itu saja... mudah kan - harap faham. - KerepeK

Saturday

Bagaimana Hendak Muaturun Fail

Banyak juga soalan Kepek terima daripada kawan2 yang bertanya bangaimana untuk muaturun (download) fail (lagu) dengan Savefile. Di sini Kepek catatkan cara-cara untuk muaturun fail:

Kebiasaannya dalam Blog Muaturun fail yang ada link akan berwarna kuning, jadi anda perlu klik link tersebut.

Bila klik saja link tersebut anda akan terima satu window baru seperti gambar di bawah:

Kadang kala ada masanya anda akan diganggu oleh IKLAN daripada Savefile, anda hanya perlu klik perkataan "Skip this ads" untuk menghilangkan paparan iklan tersebut dan teruskan untuk muaturun fail yang dikehendaki.

Pastinya cari perkataan yang bertulis "DOWNLOAD FAIL" dan klik..

Seterusnya anda akan dapat lihat wondows seperti di bawah dan cari perkataan yang bertulis "DOWNLOAD FAIL NOW" untuk muaturun fail..

Setelah perkataan tersebut diklik anda akan terima satu POPUP klik saja OK dan fail akan mula muaturun ke dalam komputer anda... Itu saja

Diharap penerangan ini dapat membantu.. Terima kasih.

Catatan: panduan ini untuk pengguna Browser FireFox

Thursday

Cbox Kod

Pasti anda pernah lihat beberapa member Cbox MuaturuN membuat bermacam2 bentuk dan warna huruf di dalam Cbox. Di Sini kepek bantuan anda yang tidak tahu untuk membuatnya.

Ada beberapa arahan kod yang perlu anda taip dalam ruang 'MESSAGE' antaranya:

[b] bold [/b] = hasil menjadi BOLD
[i] italics [/i] = hasil menjadi italics
[u] underline [/u] = hasil menjadi perkataan bergaris di bawah

Setiap ayat dengan kod hendaklah bermula dengan tanda [b] (untuk bold) dan berakhir dengan tanda [/b] sebagai penutup kod

CONTOH : [b] apa khabar [/b] dan hasilnya : apa khabar

Selain daripada itu ada lain-lain kod yang boleh diguna di Cbox antaranya :

[sup] = tulisan berkedudukan di atas
[sub] = tulisan berkedudukan di bawah
[s] = tulisan dipotong (bergaris tengah)
[center] = tulisan berkedudukan tengah2
[big] = tulisan menjadi BESAR
[small] = tulisan menjadi kecil

Ingatan: mesti kod diakhiri dengan simbul [/....]

Selain dengan warna tulisan yang sedia ada (HITAM), anda boleh juga mengubah warna tulisan anda dengan kod ini :

[color=red] color [/color] = untuk tulisan warna MERAH

Atau meletak kod warna dalam bentuk HTML seperti #FFFFFF

[color=#FFFFFF] color [/color]

Pergi ke sini untuk dapatkan kod warna HTML ::: KLIK AJER :::
(mesti ada 6 kod...)

Kod yang ada boleh jugak di campur untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik seperti contoh berikut:

[b][i][color=red] APA KHABAR [/color][/i][/b]

HASILNYA :: APA KHABAR

Anda ciptalah dengan kreativiti anda sendiri.
Selamat Mencuba.... - KerepeK

Bagaimana Letak Avatar Di Cbox

Sebelum ini pernah kepek buat cara2 untuk meletak Avatar di Cbox tetapi disebabkan web hosting yang digunakan percuma maka pandailah hilang atau di delete oleh tuan punya web hosting. Oleh kerana itu kepek buat yang baru untuk panduan semua yang tidak tahu cara2 untuk meletak Avatar.

Ada 2 cara.. Cara pertama adalah ambil daripada laman web yang sedia ada seperti di :
http://jurko.net - (paling senang sekali)

Masuk ke laman web yang diberi di atas, dan anda akan terima dan nampak ini:

Anda klik pada perkataan yang bertulis AVATAR (bertanda merah) untuk masuk ke bahagian Avatar. Di bahagian sana anda akan dapat lihat banyak pilihan Avatar pilihlah mana2 yang berkenan, tetapi harus diingat pilihlah yang bersesuaian jangan pilih Avatar yang buruk dilihat orang terutama yang lucah dari segi gambar dan perbuatan.

Katakan anda mahu Avatar 'Just Call Me Doc' klik kanan tetikus anda dan pilih 'PROPERTIES'

Setelah anda klik 'PROPERTIES' anda akan dapat satu POPUP seperti ini :

Anda salin (copy) data pada bahagian "LOCATION" contoh : http://img1.jurko.net/avatar_2675.gif

URL Link tersebut perlu di tampal (paste) pada Cbox dibahagian email / URL

Begitulah saja cara2nya... MUDAH saja kan!

PASTIKAN:

1. URL link yang di tampal cukup : http://img1.jurko.net/avatar_2675.gif
2. Tidak menjadil kesalahan kiranya anda hanya ambil (paste) bermula dari : img1.jurko.net/avatar_2675.gif ::tetapi harus ingat mesti berakhir dengan .gif, kalau tiada itu makan tidak jadi Avatar anda..

PETINGATAN: Jangan sekali letak Avatar yang tidak sopan terutama berunsur lucah, ADMIN dan MOD pasti akan menyekat (BAN) anda dari terus berada di Cbox MuaturuN

Cara kedua buat Avatar (klik jer)

Terima kasih - KerepeK